Header Ads

test

AHLI MAJLIS PERLU BERSAMA NAIKKAN TARAF HIDUP MASYARAKAT ALOR SETAR – Ahli majlis perlu bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) m...


AHLI MAJLIS PERLU BERSAMA NAIKKAN TARAF HIDUP MASYARAKAT ALOR SETAR – Ahli majlis perlu bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menggerakkan agenda pembangunan dalam menaikkan struktur taraf hidup rakyat Kedah. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, YB Mejar (B) Mansor Zakaria, ahli majlis perlu membantu PBT dalam semua hal yang berkaitan isu perbandaran dan rakyat. Tambahnya lagi, ahli majlis juga perlu menyampaikan maklumat yang betul kepada masyarakat berdasarkan keputusan yang dipersetujui bersama di dalam mesyuarat. "Saya berharap semua ahli majlis dapat membantu PBT yang diwakili dalam merangka dasar dan melaksanakan tindakan yang boleh memberi faedah kepada masyarakat dalam kawasan masing-masing," ujarnya ketika merasmikan Majlis Penutup Seminar Ahli Majlis PBT Negeri Kedah. Jelas beliau, Seminar Ahli Majlis PBT Negeri Kedah menjadi platform untuk menimba ilmu serta menjadi medan bertukar-tukar pandangan sesama ahli majlis. Mansor turut berharap ahli majlis dapat mengaplikasikan Pelan Pembangunan Kedah 2035 agar negeri dapat mencapai tahap kemajuan dan masyarakat menikmati perancangan yang dirancang. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/15/2024, 9:30:32 PM 

Tiada ulasan