Header Ads

test

ANAK KEDAH RAIH PINGAT EMAS DI ACC




ALOR SETAR - Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, anak kelahiran Kedah mencatat sejarah dengan menamatkan kemarau selama 12 tahun tanpa emas dalam acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) New Delhi, India.


Kejayaan itu bukan sahaja membawa kebanggaan kepada Malaysia malah menyaksikan beliau muncul Juara Edisi 2024, mengatasi pesaing hebat seperti Tong Mengqi dari China.


Kemenangan itu menandakan pencapaian gemilang atlet Malaysia dan merupakan satu kejayaan yang patut dibanggakan.


Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan, YB Haji Muhammad Radhi Haji Mat Din, menerusi hantaran di Facebooknya menyampaikan ucapan tahniah dan syabas atas kejayaan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri.


“Kejayaan ini adalah satu pencapaian yang perlu dibanggakan. Tahniah dan syabas saya ucapkan.


“Terima kasih atas segala pengorbanan dan usaha keras yang telah dilakukan bagi mengharumkan nama Malaysia dan juga negeri Kedah di pentas antarabangsa,”  katanya.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#UrusSetiaPeneranganDarulAman

#UPDA

Tiada ulasan