Header Ads

test

 Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohammad Yusoff @ Munir Haji Zakaria, hadir dalam Majlis Solat Istisqa' yang diadakan di Loji Rawatan Air Gurun.


Majlis ini diadakan bagi memohon pertolongan daripada Allah SWT agar turun hujan, susulan keadaan kritikal yang dihadapi oleh loji-loji di Merbok, Tupah, dan Gurun. 


Ketiga tiga loji ini yang mengalami penyusutan sumber air untuk memenuhi keperluan bekalan air di sekitarnya.


Solat Istisqa' dipimpin oleh Ustaz Azmi, seorang staf dari Syarikat Air Darul Aman (SADA). 


Turut hadir dalam majlis ini, ADUN Gurun YB Baddrol Bin Bakhtiar  serta pegawai-pegawai SADA dan penduduk kampung di sekitar Loji Rawatan Air Gurun.



“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#UrusSetiaPeneranganDarulaman 

#UPDA

Tiada ulasan