Header Ads

test

BUKU PROSEDUR SERAGAMKAN PENGUATKUASAAN PBT DILANCAR




ALOR SETAR - Buku Prosedur Penyeragaman Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Siri 2 yang dilancarkan hari ini bertujuan untuk meningkatkan dan menyempurnakan proses penguatkuasaan undang-undang di peringkat PBT negeri Kedah.


Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, YB Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, buku itu akan menjadi rujukan utama dalam penguatkuasaan undang-undang.


Beliau yakin dengan memperkenalkan prosedur-prosedur terkini, setiap tindakan dapat diambil dengan efisien dan berkesan.


“Buku ini merangkumi pelbagai aspek penguatkuasaan, termasuk langkah-langkah notifikasi, proses penyiasatan dan perlaksanaan tindakan penguatkuasaan.


“Masyarakat perlu memiliki akses kepada maklumat yang jelas dan mudah difahami tentang prosedur-prosedur pihak berkuasa tempatan,” ujarnya.


Tambah Mansor, dengan menguatkan prinsip integriti, ia merupakan asas yang kukuh dalam pengurusan yang bertanggungjawab dan adil.


“Buku Prosedur Siri 2 adalah sebagai panduan untuk memastikan setiap tindakan pihak berkuasa tempatan selaras dengan piawaian perundangan tempatan dan nasional.


“Penting untuk diingatkan bahawa kejayaan penguatkuasaan undang-undang tidak hanya bergantung kepada kecekapan pihak berkuasa, tetapi juga melibatkan peranan aktif masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Buku Prosedur Penyeragaman Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah Siri 2 di Dewan As Sakinah, Menara Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) hari ini di sini. 


Jelas beliau lagi, proses penguatkuasaan yang efektif dan adil dapat membentuk masyarakat yang lebih aman sejajar dengan nilai-nilai keadilan.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#UrusSetiaPeneranganDarulAman

#UPDA

Tiada ulasan