Header Ads

test

DALAMI ILMU ANGKAT MARTABAT MANUSIA KUPANG - Menuntut ilmu merupakan kewajipan dan tuntutan terhadap setiap insan. IImu merupa...


DALAMI ILMU ANGKAT MARTABAT MANUSIA KUPANG - Menuntut ilmu merupakan kewajipan dan tuntutan terhadap setiap insan. IImu merupakan kayu ukur dalam menentukan sama ada perkara yang kita lakukan dalam kehidupan itu benar ataupun tidak sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkata menyuburkan program berkaitan ilmu merupakan sebahagian daripada pelan tindakan kerajaan negeri ke arah 'The Greater Kedah'. Tambahnya, salah satunya adalah mengangkat institusi agama dalam negeri sebagai rujukan dunia. "Ini merupakan KPI yang hendak kita capai supaya mempunyai urus tadbir yang baik. Kita seluruh negeri mempunyai 588 buah masjid. "Kerajaan juga sedang meneliti untuk mengadakan kursus secara berkala kepada pentadbir, guru-guru dan staf institusi pendidikan agama mengikut piawaian yang ditetapkan. "Kita ada 47 buah sekolah rendah agama rakyat, 36 buah sekolah menengah agama rakyat, 42 buah pondok yang berdaftar dan 123 buah maahad tahfiz berdaftar.Masih ada 60 buah lagi dalam proses pendaftaran," katanya ketika ucapan pembukaan Kuliah Dhuha Perdana sempena Festival Baling Sejahtera di Padang Awam Majlis Daerah Baling, Kupang hari ini. Mohd Azam yakin institusi pendidikan agama negeri itu mampu memberi contoh kepada negeri lain sepertimana yang digariskan. Katanya lagi, negeri Kedah telah melancarkan kempen Bulan Solat dan Penghayatan Al Quran, Januari lalu oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor. "Inilah suasana yang hendak kita buat dan kira budayakan di semua peringkat. Penghayatan Solat dan Al Quran sebenarnya bukan program tetapi sebagai cara hidup kita seperti yang dikehendaki oleh Allah kepada umatnya," jelas beliau. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/9/2024, 8:01:02 PM 

Tiada ulasan