Header Ads

test

JAWANTANKUASA KHAS PERKASA UNDANG-UNDANG SYARIAH NEGERI KEDAH DITUBUHKAN ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah bersetuju menubuhka...


JAWANTANKUASA KHAS PERKASA UNDANG-UNDANG SYARIAH NEGERI KEDAH DITUBUHKAN ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas sebagai usaha untuk mengukuhkan undang-undang syariah di negeri ini. Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, kerajaan negeri mengenalpasti terdapat tujuh seksyen dalam enakmen undang-undang syariah Kedah mempunyai persamaan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang dibatalkan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu. "Kita akan menilai mana-mana ruang yang boleh kita ambil segera untuk undang-undang syariah didaulatkan di negeri Kedah. "Undang-undang syariah dan sivil perlu saling melengkapi bukan saling bersaing," ujarnya dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Ganjaran Kemenangan Kepada Atlet-Atlet Negeri Kedah Yang Memenangi Pingat Di Sukan Komanwel, Birmingham 2022 & Sukan Sea, Combodia 2023 bertempat di Wisma Darul Aman. Tambahnya, tidak mustahil ada pihak mengambil langkah yang sama untuk mencabar undang-undang terbabit pula di Kedah. Jelas Muhammad Sanusi lagi, beliau berharap ahli parlimen turut menekankan isu penafsiran kerana undang-undang di Mahkamah Syariah dan Sivil dahulunya tidak berlaku pertembungan sebaliknya saling melengkapi. "Pada masa dahulu penafsiran undang-undang oleh hakim-hakim berbeza. Sekarang penafsiran sudah lain. "Saya fikir penafsiran itu diternak untuk mengubah tafsiran, diasuh, dipupuk dan sudah ada rancangan dari dahulu supaya penafsiran itu diubah dan mengubah kedudukan undang-undang ini," katanya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #mbkedah -UPDA 2/14/2024, 10:18:25 PM 

Tiada ulasan