Header Ads

test


 Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air, dan Alam Sekitar, YB Haji Mohammad Yusoff @ Munir Haji Zakaria bersama sukarelawan membersihkan surau lelaki dan wanita di tingkat atas stesen bas Pekan Kuala Nerang.


Pelbagai sukarelawan yang terlibat antaranya Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Kuala Nerang, NGO Kuala Nerang Care, dan staf Majlis Daerah Padang Terap. 


Menurut Haji Munir yang juga ADUN Kuala Nerang, tikar getah diganti, kipas dan lampu yang rosak diperbaiki, dinding serta siling dicat semula atas tanggungan PKWR. 


Langkah itu diambil sementara menunggu kelulusan peruntukan naik taraf surau.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#UrusSetiaPeneranganDarulAman

#UPDA

Tiada ulasan