Header Ads

test

KENAIKAN HARGA BAHAN BINAAN PUNCA LRA LEWAT SIAP ALOR SETAR –Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) mengalami kelewatan daripada jadu...


KENAIKAN HARGA BAHAN BINAAN PUNCA LRA LEWAT SIAP ALOR SETAR –Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) mengalami kelewatan daripada jadual bukan disebabkan kelemahan syarikat yang dipilih atau kegagalan kerajaan negeri . Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata LRA perlu disiapkan mengikut spesifikasi ditetapkan dengan harga yang dipertimbangkan semula akibat peningkatan kos bahan binaan. "Saya ada tanggungjawab menjaga negeri ini, kita ada penjelasan terhadap isu itu dan saya fikir semua tahu bahawa selepas tender dibuka pada tahun 2020 kemudiaan dibawa ke peringkat Persekutuan, maka kontraktor yang berjaya dalam tender telah dipilih melalui proses yang dikehendaki oleh kaedah perolehan," ujarnya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Negeri Kedah di sini, hari ini. Jelasnya lagi, apabila tender telah diluluskan berlaku peningkatan harga bahan binaan antara 40 hingga 70 peratus dan menyebabkan kos pembinaan LRA turut meningkat. Tambah beliau, kontraktor terpaksa memohon Variation of Prices (VOP) untuk menilai semula beberapa perkara dalam pembinaan khususnya harga besi yang meningkat sebanyak 70 peratus. Muhammad Sanusi berharap agar kerajaan Persekutuan mempertimbangkan semula berkenaan kenaikan harga bahan binaan di seluruh negara dan tidak mengambil tempoh yang lama untuk meluluskan VOP. Menteri Besar Kedah turut mengulas berkenaan masalah air yang dihadapi semasa musim kemarau yang bukan sahaja di Kedah malah seluruh negara. Katanya, kerajaan sedang berusaha bersungguh-sungguh secara bersepadu dalam menyelesaikan isu bekalan air. "Di Kedah sahaja yang kita hantar air menggunakan lori dan kos penghantaran ini sebanyak RM7 juta. "Saya ucapkan terima kasih kepada kakitangan SADA yang bekerja siang malam termasuklah kontraktor yang dilantik buat penghantaran air menggunakan lori," kata beliau. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah -UPDA 2/7/2024, 7:53:49 PM 

Tiada ulasan