Header Ads

test

KESIHATAN MENTAL MILIK SEMUA KUPANG - Kesihatan mental merupakan kesejahteraan di mana seseorang dapat mengenali keupayaan diri...


KESIHATAN MENTAL MILIK SEMUA KUPANG - Kesihatan mental merupakan kesejahteraan di mana seseorang dapat mengenali keupayaan diri, bekerja secara produktif dan menyumbang kepada masyarakat. Selesa berinteraksi dengan orang lain dan mampu menerima cabaran kehidupan seharian adalah kesihatan mental yang baik. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, YB Mejar (B) Mansor Zakaria, gangguan emosi menyebabkan seseorang tidak mampu menghadapi cabaran kehidupan seharian. Keadaan itu katanya menyebabkan ketidakstabilan emosi dan tiada sokongan daripada ibu bapa serta rakan juga boleh membawa kepada bunuh diri. "Pengaruh Internet bukan sahaja menjejaskan isu kesihatan mental malah isu sosial dikalangan remaja. Pergaulan bebas dan mudah mengakses bahan lucah di Internet dikenalpasti antara punca utama peningkatan kes rogol dalam kalangan remaja di negeri ini," ujar beliau ketika merasmikan program Kesihatan 'Wanita Baling Baling' di Padang Awam Majlis Daerah Baling, hari ini. Tambah Mansor, peranan ibu bapa penting dalam memantau penggunaan telefon bimbit anak remaja mereka. Didikan ibu bapa memainkan peranan dalam membentuk peribadi mahu pun tingkah laku anak-anak. Jelas beliau lagi, ibu bapa seharusnya menunjukkan teladan akhlak yang baik kepada anak-anak. " Sebagai ibu bapa, kita mesti menunjukkan contoh akhlak yang baik kepada anak anak seperti menggunakan tutur kata yang sopan, menunaikan kewajipan yang terdapat dalam agama seperti solat, membaca al-Quran, berpuasa, bersedekah dan pelbagai lagi. "Seseorang lebih mudah mencontohi atau dipengaruhi melalui apa yang dilihatnya, terutama dari orang yang rapat dengannya," katanya. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/10/2024, 4:07:48 PM 

Tiada ulasan