Kota Marina Test N Tune yang dijadualkan berlangsung di Kota Marina, Kuala Kedah selama tiga hari bermula 23 Februari ini bakal...
Kota Marina Test N Tune yang dijadualkan berlangsung di Kota Marina, Kuala Kedah selama tiga hari bermula 23 Februari ini bakal memeriahkan sukan permotoran tempatan. Sukan drag kali ini adalah dalam pencarian bakat baharu oleh Proline Drag. EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Dato' Haji Mohd Salleh Saidin, mengalu-alukan kehadiran bagi menyaksikan pelumbaan drag di samping membantu memperkenalkan kawasan Kubang Rotan dan Kuala Kedah sebagai destinasi pelancongan. "Pelancongan sukan sangat berpotensi pada masa hadapan malah menjadi penyumbang kepada pembangunan sukan permotoran negeri dan negara," katanya. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/21/2024, 2:04:42 PM
Post a Comment