Header Ads

test

SAMBUTAN CHAP GOH MEH SERLAH KEUNIKAN MASYARAKAT MAJMUK



LANGKAWI - Perbezaan kaum dan agama tidak pernah menjadi penghalang kepada rakyat negeri itu untuk terus meraikan perbezaan yang telah lama wujud.


Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO, YB Wong Chia Zhen berkata sambutan perayaan Chap Goh Meh sebegini menunjukkan kerjasama yang dijalinkan dalam menghasilkan satu sambutan yang gilang gemilang. 


Jelasnya, sambutan itu mempunyai kepentingan sejarah yang besar. 


"Chap Goh Meh dirayakan pada hari ke-15 pada bulan pertama mengikut kalendar Cina dan menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Walau pun begitu, perayaan ini tetap disambut penuh meriah dengan pelbagai aktiviti.


"Kami (kerajaan negeri) akan memastikan tiada tembok atau sempadan yang akan menjadi penghalang kepada keharmonian dan perpaduan yang terjalin di antara rakyat negeri ini," katanya. 


Tambah Wong yang mewakili Menteri Besar Kedah, kerajaan negeri akan berusaha untuk memupuk dan memantapkan lagi hubungan dan integrasi kaum agar negeri sentiasa dalam keadaan kesejahteraan. 


Beliau berkata demikian ketika Sambutan Chap Goh Meh Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Daerah Langkawi 2024.


Jelas beliau lagi, sambutan berkenaan dapat mempromosikan pelancongan yang berasaskan kebudayaan setempat untuk generasi akan datang.


"Pendekatan ini membolehkan aktiviti kebudayaan yang dilaksanakan dapat memberi nilai positif kepada pembangunan Langkawi ke arah sebuah destinasi pulau pelancongan yang menawarkan pelbagai acara pelancongan," ujar Wong.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#UrusSetiaPeneranganDarulAman

#UPDA

Tiada ulasan