Header Ads

test

MIKIO TRIP LANGKAWI 2024 MERIAHKAN INDUSTRI PELANCONGAN LANGKAWI - Seramai 300 peserta ejen-ejen syarikat dari seluruh Malaysia...


MIKIO TRIP LANGKAWI 2024 MERIAHKAN INDUSTRI PELANCONGAN LANGKAWI - Seramai 300 peserta ejen-ejen syarikat dari seluruh Malaysia dan Thailand telah memeriahkan Program Mikio Trip Langkawi 2024. Program Mikio Trip Langkawi 2024 yang dianjurkan oleh syarikat tempatan, Mimi Suri Heritage yang berpangkalan di Kedah. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Keusahawanan, YB Dato' Mohd Salleh Saidin, Program Mikio Trip Langkawi 2024 merupakan sebahagian daripada usaha Mimi Suri Heritage untuk menjadikan Pulau Langkawi sebagai destinasi utama percutian bagi syarikat dan ejen-ejen mereka. "Adalah menjadi harapan saya agar lebih banyak syarikat tempatan mengambil inisiatif yang sama." "Tidak salah mengintai emas di laman orang, tetapi gilaplah permata di depan mata. Meriahkan industri pelancongan kita, " kata beliau ketika merasmikan Program Mikio Trip Langkawi 2024, semalam Salleh Saidin turut menekankan kepada penggerak industri pelancongan supaya berniaga dan bersaing dengan sihat serta jujur. "Saya titipkan pesan kepada ejen-ejen syarikat tersebut supaya berusaha dengan sesungguh hati, berniaga dengan sejujur mungkin, bersaing dengan cara yang sihat, dan sentiasa berdoa agar semua itu diberkati," ujarnya. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/4/2024, 9:18:23 AM 

Tiada ulasan