Header Ads

test

SERAHAN TANGKI AIR UNTUK KEMUDAHAN PENDUDUK LANGKAWI - ADUN Ayer Hangat, YB Shamsilah Siru, membuat tinjauan ke Rumah Pam dan T...


SERAHAN TANGKI AIR UNTUK KEMUDAHAN PENDUDUK LANGKAWI - ADUN Ayer Hangat, YB Shamsilah Siru, membuat tinjauan ke Rumah Pam dan Tangki Air Penarak untuk melihat proses pengisian air ke dalam lori-lori tangki sebelum dihantar ke kawasan yang terjejas dengan bekalan air. Shamsilah Siru turut mendapat penerangan ringkas berkenaan situasi semasa serta langkah penyelesaian yang diambil oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA) dalam menghadapi masalah air di kawasan terbabit. "Pengagihan air dibagi sama rata antara hospital, hotel-hotel, MRSM, sekolah berasrama dan penduduk dikawasan yangg terjejas" katanya. Dalam lawatan itu juga Shamsilah menyumbangkan lima buah tangki air untuk kegunaan perumahan KEDA dan Kampung Belanga Pecah. "Semoga dengan sumbangan ini dapat menampung tambahan kapasiti air yang dihantar setiap hari oleh lori-lori pihak SADA," kata Shamsilah. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/4/2024, 8:30:37 AM 

Tiada ulasan