PADANG BOLA SEPAK SINTETIK DI LANGKAWI LANGKAWI – Langkawi kini memiliki padang bola sepak sintetik pertama yang bernilai RM3....
PADANG BOLA SEPAK SINTETIK DI LANGKAWI LANGKAWI – Langkawi kini memiliki padang bola sepak sintetik pertama yang bernilai RM3.5 juta di Kampung Kumpulan, Ayer Hangat. Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan, YB Haji Muhammad Radhi Haji Mat Din, merakamkan penghargaan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) atas peruntukkan naik taraf fasiliti itu. "Kerajaan Negeri Kedah mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) atas peruntukkan naik taraf ini. Projek ini merupakan hasil kerjasama yang baik antara KBS dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. "Fasiliti projek ini akan diserahkan kepada Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) untuk pengurusan selanjutnya," katanya. Menurut Radhi, padang rumput tiruan itu bakal menjadi hab baharu di dalam industri sukan Langkawi. Tambahnya, padang itu dapat menjadi medan mencungkil bakat baharu dalam sukan berkenaan, selain menjana ekonomi setempat. "Harapan kami adalah untuk menarik kunjungan pasukan bola sepak dari luar Langkawi, untuk bermain di sini, dan seterusnya membantu menjana ekonomi setempat khususnya," ujarnya. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/5/2024, 12:30:21 PM
Post a Comment