Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


DUA MURID TERJATUH TITI GANTUNG Tragedi memilukan apabila dua murid yang dalam perjalanan ke sekolah jatuh dari titi gantung. Salah seorang daripada mangsa patah tangan. Mereka yang menuggang motosikal tidak dapat mengawal kenderaan dan terjatuh melalui jaring titi yang koyak ke dalam sungai pada Khamis minggu lalu. Bagaimanapun, masyarakat setempat telah mengikat pagar yang terkoyak agar keselamatan pengguna terjamin. ADUN Kupang, YB Brigedier Jeneral (B) Dato' Haji Najmi Haji Ahmad turun padang melawat tempat kejadian di Kampung Keledang. Beliau turut meluluskan sejumlah peruntukan khas bagi membaiki beberapa bahagian titi yang usang agar kemalangan itu tidak berulang. Turut hadir, Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Keledang, Muhammad Faris Aiman Shukri bersama wakil penduduk. Beliau turut meluluskan sejumlah peruntukan khas bagi membaiki beberapa bahagian titi yang usang agar kemalangan itu tidak berulang. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/31/2024, 8:01:04 PM 

Tiada ulasan