Header Ads

test

TAPAK PENJAJA BAROKAH E-TUNAI PADANG SERAI - Pelaksanaan Tapak Penjaja Barokah Zon E-Tunai (Cashless Zone) mampu meningkatkan ...


TAPAK PENJAJA BAROKAH E-TUNAI PADANG SERAI - Pelaksanaan Tapak Penjaja Barokah Zon E-Tunai (Cashless Zone) mampu meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk setempat. Penyediaan ruang niaga berpusat itu memberi peluang kepada golongan B40 memulakan perniagaan dan sekaligus memperbaiki kehidupan golongan tersebut. Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim (MPKK), Dato' Haji Elmi Yusoff, pembinaan tapak penjaja itu menerima peruntukan sebanyak RM200 ribu daripada kerajaan negeri Kedah. Tambah beliau, MPKK menerima sejumlah 30 unit kios daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Projek Gerai Penjaja:MYKIOSK@KPKT bagi Pembangunan Gerai dan Kios Rakyat. "MyKiosk bertujuan memutihkan peniaga yang berniaga tanpa lesen, selain menjadikan kawasan perniagaan lebih teratur dan tersusun. "MPKK menyahut seruan kerajaan bagi mendidik rakyat untuk merealisasikan budaya tanpa tunai. Semua peniaga akan menyediakan platform bayaran tanpa tunai sama ada pengunaan e-wallet atau QR pay," katanya ketika merasmikan Tapak Penjaja Barokah Cashless Zone Taman Mahsuri, Padang Serai hari ini. Jelas Elmi lagi, inisiatif 'cashless zone' adalah usaha MPKK untuk membangunkan 'cashless society' di kalangan peniaga dan penduduk ke arah pendigitalan perkhidmatan kepada rakyat. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/31/2024, 9:29:54 PM 

Tiada ulasan