Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Haim Hilman Abdullah mengadakan pertemuan bersama wakil syarikat Masdar Clean Energy di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Kuala Lumpur. Masdar Clean Energy adalah firma berpangkalan di Abu Dhabi, UAE yang terlibat dalam sektor tenaga boleh diperbaharui. Turut hadir Pengurus Operasi Invest Kedah, Noor Ikhsan Abdul Aziz, Penolong Pengarah Bahagian Perancang Negeri, Amirul Adzha Mohd Solleh dan wakil daripada MIDA. Pertemuan ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk menarik pelabur dari UAE dan merupakan satu inisiatif strategik dalam strategi kerajaan negeri Kedah untuk membina hubungan strategik dengan negara-negara Timur Tengah. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/12/2024, 2:30:51 PM 

Tiada ulasan