Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PROJEK PERINTIS SHOWCASE TEKNOLOGI PADI MARDI Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan negeri Kedah, YB Dzowahir Ab Ghani mengadakan lawatan kerja aktiviti penuaian di Kampung Lahar Kemeling, Kodiang hari ini. Lawatan itu bagi melihat hasil daripada plot projek Perintis Showcase Teknologi Padi MARDI. Projek khas itu menggunakan varieti padi MR297 yang dipercayai dapat memberikan hasil tuaian baik dan mempunyai kerintangan tinggi terhadap penyakit karah. Antara ciri-ciri lain MR297 ialah tempoh matang sekitar 110 hingga 115 hari dan mempunyai potensi hasil yang tinggi antara tujuh ke sembilan tan/hektar di kawasan yang subur tahan rebah. Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Padi dan Beras MARDI, Dr. Mohd Syaifudin Abdul Rahman, penumpuan manual adalah terhadap penyediaan tanah yang rapi, penggunaan kadar benih yang optimum, kawalan perosak dan penyakit yang berkesan. Selain itu, penggunaan Baja Bio Booster yang akan memberi kesan positif terhadap sifat kimia tanah serta pada populasi mikroorganisma yang menyebabkan beberapa komponen hasil seperti bilangan tangkai per meter persegi dan peratusan biji penuh meningkat. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/12/2024, 3:34:52 PM 

Tiada ulasan