Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Dewan Perniagaan dan Industri Islam Antarabangsa Malaysia (MIICCI) serta Delegasi Penerokaan Pasaran Antarabangsa Turki mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan negeri Kedah, YB Dato' Salleh Saidin di Wisma Darul Aman hari ini. Misi meneroka pasaran baharu ke Turkiye melibatkan 12 orang usahawan Kedah. Mereka kesemuanya akan berangkat ke sana pada 18 Februari 2024 dalam memperkenalkan produk dan hasil usaha anak tempatan ke pasaran dunia. Dato' Haji Mohd Salleh Saidin melahirkan rasa bangga kerana terdapat usahawan Kedah terus melangkah mencari pasaran baharu ke luar negara. "Sebenarnya inilah cara untuk membawa nama Kedah ke peringkat global.Perniagaan adalah penerokaan bagi mereka yang berani, cekal dan tabah serta mempunyai visi yang jelas.Tahniah dan syabas kepada semua," katanya. Komitmen yang ditunjukkan oleh usahawan tambah beliau melonjakkan produk Kedah serta memacu ekonomi Kedah khususnya dan Malaysia amnya. "Semoga perjalanan ke Turkiye akan membawa hasil yang baik dan kepulangan nanti akan membawa sesuatu yang boleh kita kongsi bersama dalam sektor keusahawanan negeri Kedah ini," ujar Salleh. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/14/2024, 2:17:40 PM 

Tiada ulasan