Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


SADA GIAT PERBAIKI KEBOCORAN PAIP DASAR LAUT LANGKAWI – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) sedang giat melakukan usaha memperbaiki kebocoran paip dasar laut yang telah berusia 27 tahun. Pembaikan kebocoran paip dijalankan melalui kaedah 𝘤𝘭𝘢𝘮𝘱𝘪𝘯𝘨 oleh pakar penyelam komersial yang dijadualkan berlangsung selama dua hari bermula 6 Februari dan dijangka siap pada 8 Fabruari ini. Menurut kenyataan SADA, Proses pembaikan ini hanya boleh dilakukan pada jendela pasang surut laut tertentu dan memerlukan kelulusan daripada Jabatan Laut Malaysia (JLM). "Pembaikan ini hanya boleh dilakukan pada masa-masa tertentu sahaja mengikut jendela pasang surut laut dan perlu mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Laut Malaysia (JLM)," katanya. Tambahnya lagi, Kebocoran paip dasar laut menyebabkan pembaziran hampir 45% bekalan air terawat setiap hari, pihak SADA terpaksa mengeluarkan kos pembaikan yang tinggi. "Kekerapan kebocoran pada paip dasar laut ini menyebabkan berlakunya pembaziran hampir 45 peratus bekalan air terawat setiap hari selain SADA terpaksa mengeluarkan kos pembaikan yang tinggi setiap kali kebocoran berlaku," katanya. Dalam usaha menangani isu kebocoran ini, SADA merancang menyelesaikan projek pembaikan paip dasar laut secara menyeluruh pada Januari 2025. Projek ini diharapkan dapat mengatasi masalah kebocoran, meminimakan gangguan bekalan air di Pulau Langkawi. Sementara itu, Bantuan bekalan air terus dihantar ke kawasan yang terjejas, dengan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis, dan upacara pengebumian. "Pada masa yang sama, bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki dan tangki statik terus digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian," ujarnya. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/7/2024, 2:00:50 PM 

Tiada ulasan