Header Ads

test

SEMARAKKAN PENGHAYATAN AL-QURAN DAN SOLAT POKOK SENA - Kempen pembudayaan Al Quran dan penghayatan solat perlu disemarakkan ba...


SEMARAKKAN PENGHAYATAN AL-QURAN DAN SOLAT POKOK SENA - Kempen pembudayaan Al Quran dan penghayatan solat perlu disemarakkan bagi menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba. Kempen itu menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi, dan Penerangan, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat adalah untuk mewujudkan persekitaran pembudayaan Al Quran dan solat. Tambahnya, kempen itu diperluaskan melalui penyebaran bahan di media sosial bagi menarik golongan muda ke masjid serta mempersiapkan diri untuk meningkatkan amal ibadah semasa dan selepas Ramadan. "Di media sosial, saya dibantu oleh rakan-rakan, tok-tok guru, penyarah UUM, penyarah UniSHAMS, kita adakan bengkel untuk mengumpulkan bahan-bahan sebaran di Facebook," katanya ketika merasmikan pelancaran Bulan Solat dan Penghayatan Al-Quran peringkat DUN Bukit Lada di Masjid Al Ihsan, Bukit Larek, semalam. Beliau juga berharap kempen itu tidak terhad dilaksanakan pada bulan tertentu sahaja. "Kita bukan sekadar ingin berhenti pada bulan solat ini saja, tetapi kita ingin pembudayaan ini berterusan, perkara ini bertahan selama mungkin dan kita mahu paling kurang anak-anak muda dan kanak-kanak memeriahkan masjid, Kita ingin mereka hadir memeriahkan rumah-rumah Allah sebelum Ramadan, semasa Ramadan, dan selepas Ramadan nanti. "Kita harapkan ini akan menjadi asas kepada tujuh gagasan yang diletakkan oleh kerajaan bagi portfolio Pendidikan untuk memastikan setiap daerah di negeri Kedah menjadi peneraju dalam pembudayaan ilmu secara berterusan," ujarnya. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/14/2024, 8:11:09 PM 

Tiada ulasan