Header Ads

test

ATLET KEDAH TERIMA GANJARAN ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah memperuntukan RM68,000 kepada para pemenang pingat di Sukan Koma...


ATLET KEDAH TERIMA GANJARAN ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah memperuntukan RM68,000 kepada para pemenang pingat di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan Sea Cambodia 2023. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata, atlet yang memenangi pingat emas di Sukan Komanwel 2022 akan mendapat RM5000, pingat perak RM3000 manakala gangsa RM2000. Tambahnya, bagi Sukan Sea Cambodia 2023, pemenang pingat emas akan mendapat RM3000, perak RM2000 dan gangsa RM1000. "Mereka inilah 'Kedah Fighter' iaitu tiga atlet Sukan Komanwel 2022 dan dua atlet Sukan Sea Cambodia 2023. "Saya secara peribadi dan juga bagi pihak Kerajaan Negeri Kedah amat berbangga dengan mereka ini," ujarnya. Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyampaian Ganjaran Kemenangan Kepada Atlet-Atlet Negeri Kedah Yang Memenangi Pingat Di Sukan Komanwel, Birmingham 2022 & Sukan Sea, Combodia 2023 bertempat di Wisma Darul Aman. Menurutnya, kejayaan itu akan membakar semangat atlet-atlet lain yang ada di negeri Kedah untuk bekerja lebih keras sehingga mewakili negara dan seterusnya memenangi pingat di kejohanan yang bertaraf antarabangsa. Jelasnya, semangat 'The Greater Kedah' dapat dihayati oleh para atlet dalam apa jua acara sukan untuk melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. Tambah Muhammad Sanusi, perkara paling penting di sebalik sesebuah kejayaan ialah disiplin. "Bila kita biasa disiplin dalam bidang sukan, kita juga boleh mengekalkan disiplin dalam bidang apa sekalipun," tambahnya lagi. Menteri Besar mengharapkan para atlet terus berusaha dan bekerja keras untuk mengecapi kejayaan yang lebih besar dan pada masa yang sama, jangan lupa akan pengorbanan orang di sekeliling. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah -UPDA 2/14/2024, 7:00:28 PM 

Tiada ulasan