Header Ads

test

150 SUKARELA KHIDMAT MASYARAKAT POKOK SENA TERIMA SUMBANGAN RAMADAN Pokok Sena - Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Peneran...


150 SUKARELA KHIDMAT MASYARAKAT POKOK SENA TERIMA SUMBANGAN RAMADAN Pokok Sena - Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat menyantuni mereka yang berkhidmat kepada masyarakat secara sukarela dalam Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Peringkat Daerah Pokok Sena, hari ini. Menurut beliau, golongan yang disantuni itu seramai 150 orang adalah dikalangan guru-guru al-Quran Sukarela, Mudim, Bidan-bidan Kampung, Bomoh Patah, Penggali Kubur, Jurumandi Jenazah dan Mualaf. "Dalam kita menjalankan ibadat puasa, kita wajar memikirkan tentang kepahitan sebahagian daripada masyarakat yang kurang bernasib baik dan mencari rezeki untuk menampung kos sara hidup," ujarnya ketika merasmikan majlis. Hal ini katanya sejajar dengan slogan 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' yang menjadi azimat kepada pentadbiran negeri untuk memacu negeri ini menjadi tempat orang kaya berbakti dan orang miskin berteduh menjadi realiti. "Semoga segala inisiatif pentadbiran negeri akan dapat memberikan kegembiraan kepada rakyat di negeri kita yang tercinta," katanya lagi. Beliau turut mengingatkan agar umat Islam bukan sekadar mengingati Ramadan sebagai bulan untuk berpuasa semata-mata tetapi turut mengimarahkannya dengan penghayatan al-Quran. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA #RamadanKareem -UPDA 3/19/2024, 9:06:05 AM 

Tiada ulasan