Header Ads

test

48 SURAU DUN JITRA TERIMA SUMBANGAN SEMPENA RAMADAN JITRA - 48 buah surau sekitar DUN Jitra menerima sumbangan sempena Ramadan ...


48 SURAU DUN JITRA TERIMA SUMBANGAN SEMPENA RAMADAN JITRA - 48 buah surau sekitar DUN Jitra menerima sumbangan sempena Ramadan yang disampaikan oleh ADUN Jitra, YB Dr. Haim Hilman Abdullah. Dalam program yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada waris yang kehilangan ahli keluarga melalui Bantuan Khairat Kematian (iKAFALAH) yang diusahakan oleh kerajaan negeri Kedah. Menurutnya, wang tunai itu diserahkan kepada pihak pengurusan surau untuk mengimarahkan lagi bulan Ramadan dan tidak ada tujuan penggunaan khusus yang ditetapkan. Katanya lagi, 17 buah masjid yang berada di DUN Jitra turut akan mendapat manfaat yang sama sepanjang bulan Ramadan ini. "Pihak masjid sudah diminta untuk menyenaraikan 20 nama ibu tunggal dan asnaf dikalangan ahli kariah dan saya sendiri akan turun ke masjid-masjid bagi menyampaikan sumbangan bakul makanan dan duit raya sempena Ramadan dan Syawal ini," ujarnya ketika menyampaikan sumbangan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jitra. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jitra, Mohd Syarizal Maksir serta Ahli Jawatankuasa Surau DUN Jitra selaku penerima sumbangan. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/17/2024, 12:00:29 PM 

Tiada ulasan