Header Ads

test

BANGUNKAN PELANCONGAN ISLAM DI GUNUNG JERAI ALOR SETAR - Berikutan sambutan hangat pelancong membanjiri Gunung Jerai, ADUN Buk...


BANGUNKAN PELANCONGAN ISLAM DI GUNUNG JERAI ALOR SETAR - Berikutan sambutan hangat pelancong membanjiri Gunung Jerai, ADUN Bukit Lada mencadangkan agar dibangunkan pelancongan Islam di puncak gunung. Menurut ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood, pelancongan Islam wajar dibangunkan di atas Gunung Jerai kerana di situ tempat bermulanya Islam di negeri Kedah. "Azan pertama di Kedah diazankan di puncak Gunung Jerai pada 1136 masihi yang berjaya mengislamkan Sultan Muzaffar Shah," ujarnya ketika sesi perbahasan Titah Ucapan Tuanku Sultan Kedah dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah ke-15 di Wisma Darul Aman, hari ini. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang memajukan pelancongan di Gunung Jerai sehingga berjaya menarik seramai 3,500 pengunjung sehari. "Kalau boleh kita bangunkan kawasan ini menjadi pelancongan Islam dan saya yakin para pelancong luar negara akan datang kerana ini ianya berkaitan sejarah Islam," ujarnya lagi. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangdunkedah15 -UPDA 3/5/2024, 4:30:33 PM 

Tiada ulasan