Header Ads

test

Kerajaan negeri telah mewujudkan satu pelan strategik di bawah Jawatakuasa Belia yang mempunyai empat objektif strategik iaitu p...


Kerajaan negeri telah mewujudkan satu pelan strategik di bawah Jawatakuasa Belia yang mempunyai empat objektif strategik iaitu penjanaan ekonomi belia, penyerlahan dan pengukuhan kepimpinan belia, membudayakan kesukarelawanan kepada generasi belia serta pembangunan belia rabbani. Sekretariat Belia Sejahtera turut diwujudkan diperingkat negeri yang akan bekerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Majlis Belia Negeri dalam memastikan pembangunan belia dapat dibuat secara menyeluruh merangkumi pembangunan insan, pertanian, usahawan, inovasi dan lain-lain. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #Sidangdunkedah15 -UPDA 3/5/2024, 4:45:38 PM 

Tiada ulasan