Header Ads

test

Fenomena saf solat terputus ini perlu diubah dan dititikberatkan terutamanya bagi golongan wanita. Alhamdulillah, Allah izinkan...


Fenomena saf solat terputus ini perlu diubah dan dititikberatkan terutamanya bagi golongan wanita. Alhamdulillah, Allah izinkan kita solat berjemaah di masjid/surau tetapi kita perlu memahami adab solat berjemaah supaya mendapat pahala yang sempurna. Dalam isu memenuhkan saf yang kosong, kita hendaklah membahagikan ia kepada dua keadaan yang berikut: Pertama: Keadaan Saf Masih Belum Penuh Sekiranya saf masih belum penuh disebabkan bilangan jemaah yang sedikit maka kedudukan saf adalah seperti berikut: Imam berada di tengah-tengah saf solat. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: ‎‏ وَسِّطُوا الإِمَامَ وَسُدُّوا الْخَلَلَ Maksudnya: Jadikanlah kedudukan imam berada di tengah dan tutuplah ruang-ruang kosong. (Riwayat Abu Daud) Manakala makmum pula hendaklah mengisi kedudukan di bahagian belakang imam kanan dan kiri, dan lebih diutamakan untuk dipenuhkan bahagian kanan saf. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: ‎إِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى مَيَامِنِ الصُّفُوفِ Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat terhadap bahagian saf yang kanan. (Riwayat Abu Daud) Ini menunjukkan bahawa kedudukan makmum di belakang imam hendaklah diutamakan bahagian kanan saf terlebih dahulu dan hukumnya adalah sunat. Kedua: Keadaan Saf Telah Penuh Manakala apabila keadaan saf telah penuh, dan ada kekosongan disebabkan terdapatnya jemaah yang mufaraqah (berpisah) dari solat sama ada disebabkan keuzuran atau sebagainya, maka siapakah yang perlu merapatkan saf? Kekosongan saf tersebut perlulah diisi dan bukannya dibiarkan kosong. Ini seperti yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W: ‎وَسُدُّوا الْخَلَلَ Maksudnya: Dan tutuplah ruang-ruang kosong. (Riwayat Abu Daud) Demikian juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: ‎وَلاَ تَذَرُوا فُرُجَاتٍ لِلشَّيْطَانِ وَمَنْ وَصَلَ صَفًّا وَصَلَهُ اللَّهُ وَمَنْ قَطَعَ صَفًّا قَطَعَهُ اللَّهُ Maksudnya: Janganlah kamu biarkan kekosongan (saf) itu untuk syaitan. Sesiapa yang menyambungkan saf Allah akan menyambungkannya. Sesiapa yang memutuskan saf, Allah akan memutuskan dirinya. (Riwayat Abu Daud) Hadis di atas ini melarang dari saf dibiarkan dalam keadaan kosong tanpa diisi. Kelebihan buat mereka yang menyambungkan saf dan memenuhkan ruang kosong adalah dia akan disambungkan dengan rahmat Allah. Manakala keburukan bagi mereka yang tidak merapatkan saf adalah terputusnya dia dari rahmat dan 'inayah Allah S.W.T. Rujukan: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2794-al-kafi-912-siapakah-yang-sepatutnya-mengisi-kekosongan-saf #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/26/2024, 2:00:15 PM 

Tiada ulasan