Header Ads

test

INSITUSI PENDIDIKAN ISLAM DISERU BERDAFTAR ALOR SETAR – Kerajaan negeri menyeru kepada institusi pendidikan Islam membuat penda...


INSITUSI PENDIDIKAN ISLAM DISERU BERDAFTAR ALOR SETAR – Kerajaan negeri menyeru kepada institusi pendidikan Islam membuat pendaftaran di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK). Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata tujuan pendaftaran ini bagi memastikan pengajian dan pentadbiran sekolah ini seiring dengan perubahan semasa dan pengurusan yang sistematik. Beliau mengatakan hal itu ketika Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengetua, Mudir Sekolah Agama, Maahad Tahfiz & NGO di Dewan Seri Mentaloon semalam. "Kita ingin memudahkan semua institusi pengajian Islam untuk menerima bantuan dan manfaat yang disediakan oleh pihak kerajaan," ujarnya. Sanusi memaklumkan 36 buah sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) telah mendaftar sepenuhnya. Sementara dua buah daripada 49 buah Sekolah Rendah Islam masih belum mendaftar. Selain itu, masih terdapat 30 peratus daripada 590 buah Maahad Tahfiz dan Pondok yang belum mendaftar di bawah JHEAIK. Dalam perkembangan yang sama, beliau mengucapkan penghargaan kepada Dato' Seri Setiausaha Kerajaan Negeri dan YB Exco Pendidikan atas kelulusan pemberian Biasiswa Kecil Sekolah Menengah (BKSM) kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang berdaftar dengan JHEAIK. "Ini merupakan kali pertama pelajar-pelajar SAR menerima biasiswa ini. Untuk tahun 2024, sejumlah RM104 ribu telah diperuntukkan untuk program biasiswa ini. "Bantuan juga disalurkan dalam bentuk tunai sebanyak RM600 setiap tiga bulan, dengan jumlah keseluruhan RM2,400 setahun bagi setiap guru yang layak," katanya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #ramadan #MenteriBesarKedah -UPDA 3/29/2024, 11:02:58 AM 

Tiada ulasan