Header Ads

test

JANGAN SESEKALI TINGGALKAN SEJARAH - WONG



ALOR SETAR - Kedah mempunyai sejarah yang panjang, terbukti dengan pelbagai kajian arkeologi dan sejarah.


Kepentingan sejarah terhadap masa depan tidak patut dipandang enteng. 


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO YB Wong Chia Zhen, sejarah tetap menjadi panduan dan rujukan. 


Katanya, Kedah pernah menjadi pelabuhan entrepot sebagai tempat penukaran barang, tempat persinggahan dan membaiki kapal pelayar serta pedagang dari Arab, India, Parsi dan Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Timur. 


"Atas dasar hormat menghormati, mereka hidup dalam keadaan sejahtera dan negeri menjadi semakin maju.


"Penemuan arkeologi di kawasan Lembah Bujang menunjukkan masyarakat Kedah telah maju dari sudut kebudayaan dan ekonomi, " katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah kali ke-68 di Hotel Star City, Alor Setar. 


Tambah Wong, membangunkan kawasan bersejarah dapat memberi pulangan ekonomi yang baik kepada masyarakat dan negeri. 


"Bukan sahaja tapak-tapak sejarah purba yang hendak dibangunkan, malah sejarah Kesultanan kita perlu dibangunkan dan dikembangkan juga untuk pengetahuan pelancong, yang dahagakan ilmu pengetahuan.


"Sebenarnya, banyak pelancong luar yang ingin tahu tentang perjalanan Kesultanan Kedah ini yang terkenal sebagai kesultanan yang paling lama dalam dunia ini. 


"Sejarah akan membawa kita mencipta 'milestone' yang baharu dan bakal merupakan sejarah pada masa depan nanti," ujar beliau.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#UrusSetiaPeneranganDarulAman

#UPDA

Tiada ulasan