MOSTI SEDIA BEKERJASAMA JAYAKAN STI DI KEDAH
EXCO Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Kedah, YB Dr. Haim Hilman Abdullah menerima kunjung hormat daripada delegasi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Wisma Darul Aman, hari ini.
Pertemuan tersebut membincangkan berkaitan cabaran dan potensi bagi segmen Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di Negeri Kedah.
Dr. Haim Hilman menekankan kepentingan bagi pihak kementerian dan kerajaan negeri untuk bekerjasama antara satu sama lain demi memastikan pelan dan halatuju STI dapat berjalan dengan baik untuk kebaikan masyarakat di negeri Kedah khususnya dan Malaysia amnya.
Beliau turut menerangkan aspirasi kerajaan negeri Kedah dalam usaha menjadikan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) ini sebagai pemacu pembangunan ekonomi negeri selaras dengan agenda The Greater Kedah.
Pihak MOSTI juga menyampaikan hasratnya untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Kedah dalam melaksanakan beberapa program.
Dimaklumkan fokus MOSTI bagi tahun 2024 adalah pembudayaan STI melalui program seperti Minggu Sains Negara 2024, Malaysia Techlypics 2024 dan Ruang Daya Cipta (RDC).
Kunjungan hormat tersebut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Azman Hassan; Timbalan Setiausaha Bahagian (TSA), YBrs. Dr. Azwan Sabri; Timbalan Setiausaha Bahagian (Perancangan Strategik), Encik Arunan a/l Kumaran; Ketua Penolong Setiausaha Bahagian (TSA), Puan Zuhaini Abdul Samah dan Penolong Setiausaha (Perancangan Strategik), Mohd Noor Ramdan Mohd Faudzi.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
Post a Comment