Header Ads

test

PELABURAN KEDAH CAPAI MOMENTUM PERTUMBUHAN ALOR SETAR - Pelaburan Kedah menunjukkan prestasi pertumbuhan yang menggalakkan sej...


PELABURAN KEDAH CAPAI MOMENTUM PERTUMBUHAN ALOR SETAR - Pelaburan Kedah menunjukkan prestasi pertumbuhan yang menggalakkan sejak pelaksanaan Pelan Pembangunan Kedah 2035 (KEDAH2035) pada tahun 2021. Sektor pelaburan menjadi penyumbang utama ekonomi negeri Kedah sebanyak 30.7% kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dengan nilai RM 15.6 bilion. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah bertitah Kedah telah mencatatkan jumlah pelaburan dalam sektor pembuatan sebanyak RM 105.03 bilion. Pencapaian itu titah baginda menjadikan Kedah sebagai salah satu hub pelaburan utama negara. "Pelaburan yang masuk ini selain menjana pendapatan kepada negeri melalui pungutan hasil dan cukai turut menyumbang kepada limpahan ekonomi khususnya dari sudut peluang pekerjaan serta peluang perniagaan," titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah ke-15, di Wisma Darul Aman di sini pada Isnin. Turut berangkat Sultanah Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff; Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin; Raja Puan Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff; Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin dan Tunku Puan Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff. Sultan Sallehuddin bertitah bahawa pelaburan itu membuka peluang lebih 20,000 pekerjaan baharu dalam tempoh tiga tahun terakhir. "Bagi tempoh 3 tahun yang lepas, lebih 20,000 peluang pekerjaan baharu telah dijana hasil daripada pelaburan tersebut. "Peluang ini seharusnya direbut oleh graduan dan tenaga mahir anak Kedah, yang berada di dalam dan luar negeri. "Dengan cara ini, kelompok 'the best brains of Kedah' dapat dikekalkan di dalam negeri dan migrasi keluar anak negeri dapat dikurangkan," titah Baginda lagi. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangdunkedah15 -UPDA 3/4/2024, 5:01:05 PM 

Tiada ulasan