Header Ads

test

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PERTANIAN PERLU DIUSAHAKAN LEBIH SERIUS ALOR SETAR - Perancangan penggunaan teknologi dalam pertani...


PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PERTANIAN PERLU DIUSAHAKAN LEBIH SERIUS ALOR SETAR - Perancangan penggunaan teknologi dalam pertanian diperlukan dalam usaha memodenkan sektor pertanian negeri Kedah. Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah bertitah, pembekalan beras bagi memenuhi keperluan negara adalah tanggungjawab strategik negeri kepada Persekutuan bagi memastikan kelangsungan dan keselamatan makanan negara terjamin. "Penyelesaian yang ketara dalam perkara ini adalah penggunaan teknologi dalam pertanian. Teknologi di segenap peringkat rantaian pengeluaran padi perlu diperkasa bermula dari pengeluaran benih sehingga penuaian. "Nasib pesawah yang merupakan 'power house' sebenar sektor pertanian padi perlu diberi perhatian yang serius. "Dengan hasil pendapatan yang sangat rendah, keringat mereka diperah dengan balasan tidak setimpal," titah Baginda pada Istiadat Perasmian Pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang ke-15 di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. Tambah Sultan Kedah, kerajaan negeri harus bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk menstrukturkan semula ekosistem pengeluaran dan pasaran padi agar memberi pulangan setimpal kepada petani dan bukan hanya menguntungkan pemain hiliran semata-mata. Titah Baginda lagi, kerajaan perlu mengambil langkah bekerjasama dengan pihak swasta untuk menyediakan perkhidmatan teknologi pertanian pada harga murah dan berkualiti. "Cabaran yang dihadapi oleh petani dalam menggunapakai teknologi seperti tahap kemampuan kewangan dan kekurangan ilmu pengetahuan perlu diselesaikan. "Selain padi, pengeluaran tanaman makanan yang lain seperti buah buahan dan sayur-sayuran perlu dipelbagaikan agar sektor makanan menjadi lebih mampan," titah Sultan Kedah. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangdunkedah15 -UPDA 3/4/2024, 4:15:15 PM 

Tiada ulasan