Header Ads

test

PERANAN AGAMA DALAM MEMBINA GENERASI BELIA SEJAHTERA ALOR SETAR – Pembinaan belia yang sejahtera seharusnya diterapkan dengan a...


PERANAN AGAMA DALAM MEMBINA GENERASI BELIA SEJAHTERA ALOR SETAR – Pembinaan belia yang sejahtera seharusnya diterapkan dengan aspek keagamaan agar dapat melahirkan kepimpinan proaktif. ADUN Gurun, YB Baddrol Bakhtiar berkata, kerajaan negeri perlu melahirkan kepimpinan masa depan dengan mempelbagaikan usaha serta kaedah dalam merealisasikan rancangan The Greater Kedah memacu Kedah Maju 2035. "Saya melihat kepada beberapa perkara penting untuk pihak kerajaan memberi penekanan yang khusus antaranya pendidikan berkemahiran, ekonomi belia, kepimpinan dan modal insan, keagamaan dan kerohanian," ujarnya dalam sesi perbahasan Titah Ucapan Tuanku Sultan Kedah dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah ke-15 di Wisma Darul Aman, hari ini. Tambahnya, gabungan kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu seiring bagi melahirkan belia yang sejahtera. Menurut beliau lagi, belia juga perlu diberi pendedahan berkaitan pendidikan berkemahiran kerana belia pada hari ini tidak lagi berminat untuk menyambung pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta. Jelas Baddrol, kementerian pengajian tinggi atau agensi-agensi berkaitan perlu menganjurkan pelbagai kursus Kemahiran kerana belia kini lebih berminat dengan kursus-kursus pendek. "Saya mengharapkan pihak kerajaan dapat membangunkan pusat-pusat kemahiran jangka masa pendek diperingkat sekolah-sekolah agama bantuan rakyat, tahfiz-tahfiz bagi memberi pendedahan awal kepada belia di Kedah. "Selain mendalami pengajian agama dan al-quran ianya mampu menarik minat mereka kearah bidang berkemahiran, secara tidak langsung belia mendapat dua ilmu dalam satu tempat," katanya lagi. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangdunkedah15 -UPDA 3/6/2024, 3:45:25 PM 

Tiada ulasan