Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PASUKAN KOMUNITI JITRA SEJAHTERA JALIN KERJASAMA STRATEGIK JITRA - Pelancaran Pasukan Komuniti Jitra Sejahtera merupakan jalinan kerjasama strategik antara Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Jitra dan agensi kerajaan. Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Haim Hilman Abdullah berkata kerjasama itu melibatkan sebanyak 15 agensi kerajaan. "Tujuan utama kerjasama ini adalah mempererat hubungan antara PKWR DUN Jitra dan agensi-agensi kerajaan, memanfaatkan sumber daya secara efektif, serta memastikan perkhidmatan kepada penduduk Jitra berkesan, cekap, dan mesra," ujarnya. Beliau yang juga ADUN Jitra menegaskan pentingnya kerjasama strategik dalam mencapai Pelan Pembangunan Negeri Kedah 2035 dan Pelan Pembangunan Kubang Pasu 2035, yang menjadi teras kepada agenda The Greater Kedah. Dalam majlis yang sama, Haim Hilman menerima sumbangan 30 kotak bakul makanan daripada wakil EMZI Holding Sdn. Bhd, Muhammad Sofi Hashim untuk diagihkan kepada para asnaf. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/29/2024, 10:11:10 AM 

Tiada ulasan