Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman perkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah di Istana Anak Bukit, hari ini. Turut berangkat, Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin; Raja Puan Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Binti Mohamad Ariff; Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, dan Tunku Puan Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff. Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan isteri Tok Puan Jusmalailani Jusoh; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Seri Haji Norizan Khazali, dan isteri, Datin Seri Norhasni Ishak; Speaker, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pegawai Tadbir Negeri, Penghulu dan wakil pengamal media. Majlis dimulakan dengan berbuka puasa ringkas, diikuti dengan solat Maghrib berjemaah sebelum majlis santapan bermula. Majlis seterusnya diteruskan dengan Solat Isyak dan Solat Tarawih berjemaah. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #menteribesarkedah -UPDA 3/16/2024, 11:13:16 PM 

Tiada ulasan