Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Budaya Hargai Kerja Sukarela Perlu Disuburkan Semalam, Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor hadir ke Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa peringkat Daerah Pendang di Masjid Guar Kepayang. Seramai 300 orang penerima yang melibatkan guru al-Quran sukarela, bidan kampung, juru mandi jenazah, bomoh patah, penggali kubur dan saudara baharu menerima sumbangan Ramadan. Katanya, sukarela menjadi asas kepada kehidupan. "Nak menggalakkan kerja sukarela semakin hari semakin subur, semakin dihargai, kerajaan juga perlu menghargai kerja sukarela. "Saya harap dengan melimpah ruah rezeki di Kedah ini, tahun depan kita tambah lagi bilangan dan jumlah kepada penerima." ujar beliau. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Seri Haji Norizan Khazali, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Haji Syed Khairol Anuar Syed Abidin, Timbalan Speaker, ADUN Sungai Tiang ,YB Abdul Razak Khamis, ADUN Tokai, YB Dato' Dr. Hayati Othman, dan juga Pegawai Daerah Pendang, Nasrun Dato' Mohd Sheriff. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah #Ramadan -UPDA 3/20/2024, 9:17:18 AM 

Tiada ulasan