Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Petang tadi Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor hadir meraikan dan menghargai insan yang banyak berjasa dalam masyarakat di Masjid Al- Ehsan, Temoyong, Langkawi. Seramai 300 orang penerima, 150 dari DUN Kuah dan 150 dari DUN Ayer Hangat mendapat sumbangan Ramadan. Guru al Quran, bidan kampung, tok mudim, tukang mandi jenazah, tukang gali kubur, bomoh patah, juru mandi jenazah dan saudara baharu memberi khidmat bakti dengan tulus ikhlas kepada masyarakat tanpa mengharapkan balasan dan keraian. Hadir sama, Speaker DUN Kedah, YB Zubir Ahmad, ADUN Kuah, YB Amar Pared Mahamud dan ADUN Ayer Hangat, YB Shamsilah Siru. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #ramadan #MenteriBesarKedah -UPDA 3/21/2024, 10:42:14 PM 

Tiada ulasan