Header Ads

test

PULAU LANGKAWI PULAU TERBERSIH Langkawi - Pulau Langkawi akan dijadikan pulau terbersih di dunia tanpa mengeluarkan sebarang pe...


PULAU LANGKAWI PULAU TERBERSIH Langkawi - Pulau Langkawi akan dijadikan pulau terbersih di dunia tanpa mengeluarkan sebarang perbelanjaan tambahan. Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, menyatakan hasratnya untuk menjadikan Pulau Langkawi sebagai pulau terbersih di dunia melalui kempen-kempen yang dianjurkan oleh jabatan dan agensi kerajaan. Menurutnya, langkah ini akan melibatkan perubahan dalam tabiat, institut, dan displin masyarakat Langkawi agar matlamat ini dapat dicapai. "Kita cuba tukar tabiat, institut, dan disiplin, tukar tu saja duit tak kena duit, Saya tak nampak benda ni mustahil boleh terjadi, "Balik ni, google cari pulau apa terbersih di dunia, kita nak teng (lawan) depa tu," katanya. Beliau menyatakan pandangan tersebut semasa berucap di Majlis Penyampaian Sumbangan & Berbuka Puasa di Masjid Al-Ehsan, Temoyong, Langkawi, hari ini. Dalam perkembangan yang sama, Menteri Besar menetapkan sasaran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2027 mencapai 1 bilion. "Kutipan bagi tahun ini kita sasarkan sebanyak RM 770 Juta, dan setakat ini, hasil yang kita perolehi dekat RM 620 Juta, "Walaupun target kita RM 770 juta kita dapat RM 620 Juta tu kita banyak dah, "pada tahun 2027, kita nak kutipan kita tu mencapai sasaran 1 bilion," ujarnya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah -UPDA 3/22/2024, 12:21:58 AM 

Tiada ulasan