Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Kerja - Kerja Kecemasan Pengurangan Operasi LRA Bukit Selambau disebabkan paras sungai yang rendah dan kerosakan sistem pengepaman (multistage pump ) air mentah Jumlah akaun terganggu : 7000 akuan Kawasan yg dijangka terganggu : Sungai Division , Ladang Bukit Hijau , Ladang Solar ,Ladang Ayam , Taman Kelisa , Taman Kelisa Ria , Zon Anggerik Fasa 4,5 & 6 , Sp Height , Kemoja dah kawasan sekitarnya . Punca kejadian : Kerosakan pump multistage pada jam 8.30 mlm 15hb Mac 2024 menyebabkan operasi LRA Bukit Selambau terpaksa dikurangkan berikutan kekurangan air mentah untuk diproses Penggunaaan multistage pump ini diperlukan apabila paras sungai rendah bagi mengelakkan gangguan operasi LRA Bukit Selambau . Tindakan penyelesaian : Pihak SADA sedang memasang dua (2) unit pump multistage dengan kadar segera bagi mengelakkan gangguan operasi LRA Bukit Selambau yang akan mengakibatkan gangguan bekalan air kepada pengguna SADA memohon maaf di atas kesulitan yg berlaku dan tindakan untuk penyelesaian sedang giat dijalankan . Bantuan bekalan air melalui lori tangki akan disalurkan kepada pengguna yang terkesan . Bahagian - Komunikasi Korporat SADA "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/15/2024, 6:30:37 PM 

Tiada ulasan