Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 mengekalkan tema perlumbaan 2023 iaitu 'beat the heat' yang menggambarkan aksi perlumbaan yang agresif dan berkompetensi tinggi di kalangan pelumba-pelumba dalam usaha untuk menewaskan satu sama lain. Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia Dan Sukan, YB Muhammad Radhi Md Din hadir ke Majlis Pelancaran dan Pengumuman laluan Petronas LTdL 2024. Majlis disempurnakan oleh YB Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bertempat di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Edisi Ke-28 perlumbaan berbasikal paling berprestij di benua Asia itu akan bermula di Pulau Langkawi hingga ke Bintulu Sarawak sejauh 1191.1 kilometer. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/18/2024, 5:01:01 PM 

Tiada ulasan