Header Ads

test

SUMBANGAN RAMADAN DAERAH YAN


Petang tadi, Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor hadir Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa bersama penduduk daerah Yan bertempat di Masjid Jamek Simpang 4 Sedaka, Yan. 

Seramai 300 orang penerima yang terdiri daripada DUN Sungai Limau dan DUN Guar Chempedak menerima sumbangan Ramadan. Penerima Sumbangan terdiri daripada guru al Quran, bidan kampung, tok mudim, tukang mandi jenazah, tukang gali kubur, bomoh patah, juru mandi jenazah dan saudara baharu yang memberi khidmat bakti dengan tulus ikhlas kepada masyarakat tanpa mengharapkan balasan dan keraian. 

Majlis dimulai dengan tazkirah oleh Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar, Tuan Syeikh Yusoff Haji Ahmad, dan diakhiri dengan penyampaian sumbangan oleh YAB Menteri Besar. 

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat yang juga ADUN Sungai Limau, ADUN Guar Chempedak, YB Abdul Ghafar Saad, dan Pegawai Daerah Yan, Maznim Ismail. 

#UrusSetiaPeneranganDarulAman 
#MenteriBesarKedah  

Tiada ulasan