Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah ke-15 di Wisma Darul Aman hari ini. Turut berangkat Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehudin, Raja Puan Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff , Tuanku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehudin dan Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff. Keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan diiringi Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan isteri, Tok Puan Hajjah Jusmalailani Jusoh. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangdunkedahke15 -UPDA 3/4/2024, 12:12:38 PM 

Tiada ulasan