Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuff@Munir Zakaria hadir mewakili YAB Menteri Besar Kedah dalam Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Daerah Kubang Pasu di Masjid Jamek As-Salam Megat Dewa, petang tadi. Seramai 600 penerima sumbangan terdiri daripada guru Al Quran, bidan kampung, tok mudim, tukang mandi jenazah, tukang gali kubur, bomoh patah dan saudara baharu. Majlis ini sebagai menghargai jasa-jasa dan peranan penting sukarelawan kampung setiap daerah. Hadir sama ADUN Jitra YB Dr Haim Hilman Abdullah, ADUN Bukit Kayu Hitam, YB Dato' Halimatun Shaadiah Saad, ADUN Ayer Hitam YB Azhar Ibrahim, dan ADUN Kota Siputeh,YB Ashraf Mustaqim Badrul Munir . "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #RamadanKareem #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/25/2024, 10:53:48 PM 

Tiada ulasan