Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Exco Belia dan Sukan, YB Radhi Mat Din hadir merasmikan Majlis Penutup Kem Latihan Pusat Fasa 1, Majlis Sukan Negeri Kedah Darul Aman semalam. Kem Latihan Pusat Fasa 1 itu disertai oleh 20 sukan yang telah melepasi benchmark yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Negeri Kedah yang melibatkan seramai 194 orang atlet dan 20 orang jurulatih. "Tahniah saya ucapkan kepada semua atlet negeri Kedah berjaya mengharungi kem yang diadakan selama 4 hari dari 5 hingga 8 Mac 2024 dengan jayanya. "Semoga kem ini akan meningkatkan jati diri dan cintakan negeri untuk terus berjuang memberikan tentangan terutamanya di SUKMA Sarawak," katanya kepada para atlet. Beliau bersama pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah berharap kontinjen negeri Kedah bersatu hati dan lebih bersedia menghadapi cabaran Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI, Sarawak 2024 yang dijadualkan pada 17 hingga 24 Ogos tahun ini. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/9/2024, 10:00:43 PM 

Tiada ulasan