Header Ads

test

PUSAT DIALISIS ALBUKHARY BEROPERASI SEJAK 2008 ALOR SETAR - Pusat Dialisis Albukhary mula beroperasi sejak 14 april 2008 dan me...


PUSAT DIALISIS ALBUKHARY BEROPERASI SEJAK 2008 ALOR SETAR - Pusat Dialisis Albukhary mula beroperasi sejak 14 april 2008 dan mempunyai 16 mesin dialisis yang telah membantu 52 orang pesakit dialisis. Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkata beliau dimaklumkan pesakit paling lama menjalani dialisis di situ adalah selama 15 tahun seusia dengan pusat dialisis tersebut. "Mewakili pihak kerajaan negeri, saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak Masjid Al Bukhori, Yayasan Al Bukhori, Tan Sri Syed Mokhtar atas usaha membantu khususnya rakyat negeri Kedah dalam menjalani rawatan dialisis ini." Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2024 bertempat di perkarangan Kompleks Al-Bukhori, Alor Malai hari ini. Menurutnya, Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran khayalak ramai tentang kepentingan penjagaan buah pinggang dan amalan gaya hidup sihat serta meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung bahaya penyakit buah pinggang. Tambah beliau lagi, gaya hidup terutama membabitkan pemakanan amatlah penting bagi mengelakkan seseorang itu menghidap penyakit buah pinggang. Dengan mengawal pemakanan, katanya ia dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit buah pinggang terutama bagi mereka yang menghidap penyakit berbahaya diabetes dan tekanan darah tinggi. Jelasnya, pada tahun 2012, seramai 29,452 rakyat Malaysia menjalani rawatan dialisis dan jumlah kian meningkat kepada 51,256 pesakit pada tahun 2022. "Mudah-mudahan dengan kempen ini turut memberi kesedaran kepada orang ramai berhubung langkah pencegahan, kesedaran dan sebagainya agar memiliki buah pinggang yang sihat," ujar beliau. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/8/2024, 3:13:59 PM 

Tiada ulasan