Header Ads

test


 MYDIN SANTUNI ANAK YATIM DAN MISKIN 


SUNGAI PETANI - Seramai 63 orang anak-anak yatim dan asnaf dari daerah Jitra, daerah Kuala Muda dan daerah Kuala Nerang diraikan dengan pembelian baju raya sumbangan Mydin.


Majlis Penyampaian Sumbangan diadakan ketika Majlis Iftar Perdana dimana Anak-Anak Yatim dan Asnaf diraikan bersama ketika berbuka puasa.


YB Haim Hilman Abdullah , EXCO Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi & Sains, Teknologi dan Inovasi hadir bagi merasmikan program Majlis Iftar Ramadan Perdana Mydin Taman Batik 2024 dan Penyampaian Sumbangan Pakaian Raya kepada Anak-Anak Yatim dan Asnaf hari ini. 


Seramai 430 orang tetamu hadir ke Majlis iftar ini melibatkan jabatan-jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan, rakan media, anak-anak yatim, kakitangan Mydin dan rakan niaga Mydin.


Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Mydin Wilayah Utara, Dato' Dr Hj Saduruddin Gulam Husin; Pengarah Eksekutif Mydin Wilayah Utara, Encik Azmin Saduruddin dan 

Pengurus Cawangan Mydin Taman Batik, Encik Mohd Fauzi Rashid.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#UrusSetiaPeneranganDarulAman

#UPDA

Tiada ulasan