Header Ads

test

SASARAN PELABURAN RM10 BILION: KEDAH LEPASI 3 TAHUN BERTURUT-TURUT ALOR SETAR – Negeri Kedah telah melepasi sasaran pelaburan ...


SASARAN PELABURAN RM10 BILION: KEDAH LEPASI 3 TAHUN BERTURUT-TURUT ALOR SETAR – Negeri Kedah telah melepasi sasaran pelaburan RM10 bilion sejak tahun 2021. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata pada tahun 2021 sebanyak RM68.3 bilion jumlah pelaburan yang diluluskan, tahun 2022 pula sebanyak RM13.1 bilion dan pada tahun lalu jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM 28.7 bilion. Kedah kini jelas Sanusi merupakan antara negeri utama pelaburan negara. Tambah beliau, kesemua pelaburan yang diluluskan memerlukan tempoh untuk mendapatkan hasil kerana pelaksanaan seperti kilang perlu mengambil masa yang lama untuk dibangunkan. Beliau berkata demikian di Majlis Berbuka Puasa Bersama Pegawai Kerajaan Negeri (KCS), Pegawai Agama, Penghulu Mukim, Pegawai Persekutuan di Seri Mentaloon, semalam. "Apa yang penting bagi saya ialah masa hadapan serta peluang untuk anak-anak tempatan bekerja dan mencari rezeki di dalam negeri ini. "Itu yang sedang kita usahakan. "Tidak akan ada masa hadapan jika kita tidak berusaha hari ini," katanya. Dalam perkembangan yang sama, Muhammad Sanusi memberikan peringatan kepada semua penjawat awam agar melaksanakan tanggungjawab dengan penuh profesional, berintegriti dan berakuntabiliti serta tidak terpengaruh dengan sesetengah pihak yang sengaja mencipta persepsi negatif. "Saya tidak akan mempengaruhi tuan-tuan dan puan-puan serta membenarkan ahli-ahli politik untuk tujuan politik saya dan parti saya," katanya YAB Menteri Besar turut menyatakan hasrat untuk menjadikan Kedah sebagai negeri terbersih dalam negara. "Usaha ini tidak melibatkan kos yang tinggi malah dalam kebanyakan keadaan, ia percuma. "Apa yang diperlukan hanya kesedaran diri," ujarnya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah #ramadan -UPDA 3/25/2024, 8:30:57 AM 

Tiada ulasan