Header Ads

test

SUKAN MERENTASI POLITIK ALOR SETAR - Exco Belia dan Sukan negeri Kedah menyambut baik titah Sultan Kedah mengenai kerjasama an...


SUKAN MERENTASI POLITIK ALOR SETAR - Exco Belia dan Sukan negeri Kedah menyambut baik titah Sultan Kedah mengenai kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan perlu diwujudkan agar peranan negeri dalam arus pembangunan nasional dapat diberi perhatian. Menurut Exco Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia Dan Sukan Negeri Kedah, YB Haji Muhamad Radhi Mat Din, melalui Jawatankuasa Belia dan Sukan, beliau telah mengadakan kunjungan hormat dan perbincangan bersama Menteri Belia dan Sukan serta Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara. "Ini merupakan kesan positif daripada hubungan baik antara kedua dua pihak. Kami juga dijemput dan berkesempatan melawat Institut Sains Negara dan melihat bagaimana hala tuju pembangunan sains, perubatan dan teknologi sukan negara dipraktikkan," ujarnya dalam sesi penggulungan Sidang DUN Negeri Kedah Ke-15, hari ini. Tambahnya, sikap keterbukaan yang ditunjukkan oleh YB Menteri Belia dan Sukan telah menyatakan bahawa bidang sukan ini merentasi politik. Katanya lagi, beliau turut menghadiri mesyuarat Menteri Belia dan Sukan bersama Exco-Exco Belia dan diberikan kebenaran secara jelas bahawa kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan adalah sangat digalakkan. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangdunkedah15 -UPDA 3/6/2024, 9:07:27 PM 

Tiada ulasan