Header Ads

test

PERUNTUKAN RM15 JUTA NAIK TARAF JETI DI KEDAH ALOR SETAR - Usaha menaik taraf Jeti Kuah dan Kuala Kedah adalah bagi memenuhi ke...


PERUNTUKAN RM15 JUTA NAIK TARAF JETI DI KEDAH ALOR SETAR - Usaha menaik taraf Jeti Kuah dan Kuala Kedah adalah bagi memenuhi keperluan dan menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa ke Langkawi. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Keusahawanan, YB Dato' Mohd Salleh Saidin berkata demikian semasa sesi penggulungan Persidangan Pertama Penggal Kedua DUN Negeri Kedah Yang Ke-15, hari ini Katanya ketika menjawab soalan daripada ADUN Kuah, YB Amar Pared, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menerima peruntukan sebanyak RM15 juta pada tahun lepas dari kerajaan Persekutuan untuk tujuan tersebut. "Berhubung keperluan menaik taraf Jeti Kuah dan Kuala Kedah yang dibangkitkan oleh YB Kuah, saya difahamkan bahawa pada tahun lepas LADA telah menerima peruntukan RM15 juta daripada kerajaan Persekutuan bagi menaik taraf kemudahan Jeti Kuah dan Jeti Pulau Tuba, di mana saya percaya langkah ke arah itu sedang dan akan diambil," katanya Mohd Salleh Saidin turut memaklumkan bahawa menaik taraf Terminal Jeti Kuala Kedah dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2026. "Menurut kenyataan Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke pada 30 Mei 2023, projek menaik taraf Terminal Jeti Kuala Kedah dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2026," ujarnya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #Sidangdunkedah15 -UPDA 3/6/2024, 8:45:28 PM 

Tiada ulasan