Header Ads

test

SULTAN SALLEHUDDIN SERU PERKASAKAN MAHKAMAH SYARIAH ALOR SETAR - Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Al-Aminul K...


SULTAN SALLEHUDDIN SERU PERKASAKAN MAHKAMAH SYARIAH ALOR SETAR - Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah menyeru kerajaan negeri agar memberi penekanan dan memperkasakan institusi Mahkamah Syariah. Baginda menitahkan agar penubuhan Mahkamah Syariah hendaklah diletakkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah sebagai langkah pemerkasaan sebagaimana Mahkamah Sivil disebut dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan. "Mahkamah Syariah adalah merupakan obor keadilan Agama Islam yang merupakan agama rasmi negeri ini. "Oleh yang demikian, Beta mahu Mahkamah Syariah menjadi sebuah institusi yang penting sesuai dengan kedudukan Islam di negeri ini," titah baginda pada Istiadat Perasmian Pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang ke-15 di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. Menurut Sultan Kedah, kerajaan juga perlu menyemak semula struktur Mahkamah Syariah seperti sistem hierarki Mahkamah Syariah untuk memberi lebih ruang keadilan kepada pihak terlibat serta menambahbaik kedudukan jawatan Hakim Mahkamah Syariah agar setanding dengan sistem digunapakai di Mahkamah Sivil. Baginda tuanku berharap usaha itu dapat disegerakan demi memartabatkan ketinggian institusi Mahkamah Syariah di Negeri Kedah. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangdunkedah15 -UPDA 3/4/2024, 12:59:11 PM 

Tiada ulasan